11 Februari 2010

Safir 2 : BUKTI KEHEBATAN TEKNOLOGI IRAN



Iran, sebuah Negara yang begitu ditakuti Amerika dan sekutunya. Amerika menggelar Iran sebagai negara paksi kejahatan, sebaris dengan Korea Utara dan Iraq. Iraq sudah tumbang ditangan Amerika. Amerika memberi amaran bahawa Iran adalah sasaran seterusnya.

Amaran Amerika tidak dipandang ringan oleh negara Iran. Iran telah mengadakan beberapa ujian peluru berpandu. Ada antara peluru berpandu buatan Iran yang mampu bergerak dalam jarak jauh sehingga boleh mengenai Negara Haram Israel. Tujuannya adalah untuk menggertak Amerika. Jangan sekali-kali cuba menyerang Iran.

Yang terbaru, Iran telah melancarkan Safir 2. Safir 2 pelancar roket yang membawa sebuah satelit komunikasi yang diberi nama Omid (Harapan) berkeupayaan mengutip data alam sekitar dan komunisaki. Safir 2 membuktikan kehebatan teknologi Iran. Walaupun negara Iran dibelenggu dengan pelbagai sekatan dan siasatan, tetapi Iran masih mampu membangunkan teknologinya.

Pelancaran Safir 2 telah menggusarkan Amerika dan sekutunya. Sebelum ini, semasa Iran melancarkan satelit komunikasi pertama, tidak ada pula masalah yang timbul. Mungkin juga kerana satelit pertama itu menggunakan pelncar buatan Rusia. Sebab itu tidak timbul sebarang masalah. Masalahnya sekarang, Iran berjaya membina pelancarnya sendiri dan melancarkan satelit ke angkasa tanpa bantuan daripada negara lain.

Musuh Iran beranggapan bahawa Iran telah berjaya membina sebuah pelancar roket yang amat berbahaya. Iaitu teknologi sama sebagaimana teknologi yang digunapakai dalam pembangunan Safir 2. Musuh Iran amat takut. Mereka takut dengan keupayaan Iran. Iran satu-satu negara Islam di dunia yang berani mengembangkan teknologi ketenteraan walaupun menghadapi tekanan negara musuh.

Walau pelbagai tohmahan yang dihamburkan pihak Amerika dan sekutunya terhadap pembangunan teknologi Iran, kita sebagai umat Islam berbangga dengan perkembangan yang berlaku. Negara Islam yang lain wajar mencontohi negara Iran. Bangunkan ekonomi, pertingkatkan teknologi, jangan biarkan orang kafir lebih menguasai.

0 komentar:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...